prinsip
Dr. Maria Montessori melihat pendidikan sebagai bantuan kepada kehidupan, "aid to life". Dengan berdasarkan perkembangan semula jadi kanak-kanak yang melalui beberapa peringkat perkembangan, beliau menyediakan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan mereka.
Guru-guru membimbing kanak-kanak dan memberi galakan dan insipirasi untuk kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja spontan dan bermakna.
Prepared Environment
Kami menyediakan Prepared Environment dengan teliti bagi membantu perkembangan dan memenuhi keperluan kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun dari segi fizikal, sosial, emosi dan rohani. Selain dari 5 ruang khusus seperti yang tersenarai di bawah, kami juga mengamalkan kumpulan 'mixed-age'.
practical life
Ruang Practical Life membantu kanak-kanak berdikari dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak dapat membina konsentrasi dan membina koordinasi pergerakan.
sensorial
Bahan-bahan di ruang Sensorial membantu kanak-kanak dalam memperhalusi deria-deria mereka di samping membantu mereka dalam mengklasifikasikan persekitaran dan menggalakkan eksplorasi alam sekeliling.
language
Ruang Bahasa menawarkan kunci kepada membaca dan menulis. Ianya termasuklah kesedaran fonetik dan fonemik. Sering kali mereka merasakan bahawa mereka telah mengajar diri mereka sendiri untuk menulis dan membaca.
mathematics
Area Matematik membantu dalam memberikan asas yang kukuh untuk memahami konsep Matematik melalui eksplorasi secara konkrit.