Mengenai

Bermula dengan sesi playgroup pertama sesama para ibu dan anak-anak melalui program Baytuzuhr Montessori Community Centre dan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman melalui Kuliah Montessori secara virtual dan fizikal, kami mengorak langkah kecil dengan membuka peluang untuk lebih ramai lagi anak-anak termasuk ibu bapa agar mendapat manfaat perkembangan anak dengan pembukaan pusat perkembangan Montessori khusus untuk 3-6 tahun.

Berlatarbelakangkan pendidikan Montessori, pengurusan organisasi dan penglibatan komuniti dalam perkembangan awal kanak-kanak.

pengasas

Nik Farah adalah graduan Association of Montessori Internationalle (AMI) Diploma (3-6) di Melbourne, Australia dengan kelayakan sebagai 'AMI-trained teacher'. Beliau juga mempunyai sijil dari AMI British Columbia, Canada untuk kategori 0-3 tahun, AMI di Auckland, New Zealand untuk kategori 3-6 tahun dan AMI Melbourne, Australia untuk kategori 6-12 tahun.

Beliau pernah bertugas sebagai eksekutif IT dan latihan di sebuah firma perunding di Shah Alam sebelum beralih ke bidang pendidikan sebagai guru sambilan di ASIQS Shah Alam.

Kini terlibat secara aktif dalam sesi perkongsian tentang prinsip Montessori dan tips amalan di rumah kepada lebih 400 buah keluarga sejak 2019.

Nik Farah merupakan pengasas Baytzuhr Montessori dan juga grup facebook 'Montessori Community Malaysia'. Pada tahun 2023, beliau mengasaskan Kuliyah Montessori, pusat latihan AMI pertama di Malaysia dengan kursus sijil AMI pertama kategori 3-6 dianjurkan.

pengasas

Zuhry mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan kejuruteraan dan pengurusan selama lebih 15 tahun dari pelbagai sektor termasuklah menjadi pensyarah sambilan di kolej swasta dan universiti awam di Malaysia.

Peranan sebagai seorang bapa membuatkan beliau turut berminat untuk mendalami kaedah Montessori secara formal dan tidak formal. Beliau memperolehi persijilan dalam Montessori Sports yang dikeluarkan oleh Association of Montessori Internationalle (AMI). Beliau juga antara pengasas dan Setiausaha pertama pertubuhan 'Malaysian Society for Montessori Education'.

pengasas bersama

Farhana mula menceburkan diri dengan kanak kanak sejak tahun 2008 dengan mengasaskan Q-KIDS 'mobile nursery' di sekitar Lembah Klang.

Beliau percaya bahawa kanak-kanak sangat serasi dengan alam dan sentiasa memerlukan alam untuk berinteraksi bagi memenuhi keperluan fitrahnya dan tangki emosi mereka.

Beliau memperolehi sijil 'forest schooling' dari Forest School Singapore. Juga berkelayakan selaku pelatih Pengakap Laut. Beliau ialah dari kumpulan pertama yang mendapat sijil AMI kategori 3-6 tahun di Malaysia.

Beliau gemar beraktiviti luar outdoor termasuklah 'hiking', 'rock climbing', kayak, 'stand up paddling', 'camping' dan lain lain bersama keluarga.