permulaan
Bermula dengan sesi playgroup pertama sesama para ibu dan anak-anak melalui program Baytuzuhr Montessori Community Centre dan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman melalui Kuliah Montessori secara virtual dan fizikal, kami mengorak langkah kecil dengan membuka peluang untuk lebih ramai lagi anak-anak termasuk ibu bapa agar mendapat manfaat perkembangan anak dengan pembukaan pusat perkembangan dan kemahiran Montessori ini.
barisan kami
Berlatarbelakangkan pendidikan Montessori, pengurusan organisasi dan penglibatan komuniti dalam perkembangan awal kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.
pengasas
Nik Farah Esma
Nik Farah ialah graduan Diploma 3-6 dari Association Montessori Internationale (AMI) di Melbourne, Australia. Beliau juga memperoleh sijil AMI dalam kategori 0-3 tahun dari British Columbia, Kanada; kategori 3-6 tahun dari Auckland, New Zealand; serta kategori 6-12 tahun dan 12-18 tahun dari Melbourne, Australia.
Sebelum menceburi bidang pendidikan, beliau bertugas sebagai eksekutif IT dan latihan di sebuah firma perunding di Shah Alam. Beliau kemudian beralih ke dunia pendidikan sebagai guru sambilan di ASIQS Shah Alam sebelum mengasaskan pusat Montessori di Shah Alam yang dinamakan Teratak Montessori. Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai Naib Pengetua ASIQS Elementary bagi mentransformasikan program sekolah rendah kepada Montessori. Pada tahun yang sama, beliau turut mengasaskan Kuliyah Montessori, pusat latihan AMI pertama di Malaysia, serta menganjurkan kursus sijil AMI pertama bagi kategori 3-6 tahun.
Selain itu, Nik Farah ialah pengasas Baytzuhr Montessori dan kumpulan Facebook Montessori Community Malaysia. Sejak 2019, beliau aktif berkongsi tentang prinsip Montessori serta memberikan tip amalan di rumah kepada lebih 400 keluarga. Beliau juga merupakan antara pengasas pertubuhan Malaysian Society for Montessori Education dan ahli persatuan Montessori Association Malaysia.
pengasas
Zuhry Mazlan
Zuhry mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan kejuruteraan dan pengurusan selama lebih 15 tahun dari pelbagai sektor termasuklah menjadi pensyarah sambilan di kolej swasta dan universiti awam di Malaysia.
Peranan sebagai seorang bapa membuatkan beliau turut berminat untuk mendalami kaedah Montessori secara formal dan tidak formal. Beliau memperolehi persijilan dalam Montessori Sports yang dikeluarkan oleh Association of Montessori Internationalle (AMI). Beliau juga antara pengasas dan Setiausaha pertama pertubuhan ‘Malaysian Society for Montessori Education’.
pengasas bersama
Farhana Liyana
Farhana mula menceburkan diri dengan kanak kanak sejak tahun 2008 dengan mengasaskan Q-KIDS ‘mobile nursery’ di sekitar Lembah Klang.
Beliau percaya bahawa kanak-kanak sangat serasi dengan alam dan sentiasa memerlukan alam untuk berinteraksi bagi memenuhi keperluan fitrahnya dan tangki emosi mereka.
Beliau memperolehi sijil ‘forest schooling’ dari Forest School Singapore. Juga berkelayakan selaku pelatih Pengakap Laut. Beliau ialah dari kumpulan pertama yang mendapat sijil AMI kategori 3-6 tahun di Malaysia. Beliau kemudiannya memperoleh sijil AMI untuk kategori 6-12 dan 12-18 tahun.
Beliau gemar beraktiviti luar outdoor termasuklah ‘hiking’, ‘rock climbing’, kayak, ‘stand up paddling’, ‘camping’ dan lain lain bersama keluarga.